Sebutlah Allah! Allah!
didalam hatimu sehingga Allah menyatakan DiriNya kepadamu !
Allah
adalah Mursyid yg hakiki,
Mursyid insani adalah pintu kepada Mursyid yg hakiki
Mursyid insani adalah pintu kepada Mursyid yg hakiki
Tiada
hijab antaramu dan antara Allah
Barang kemana engkau berhadap disana Wajah Allah
Pandanglah Wajah segala wajah
Wajah Maha Tunggal.
Barang kemana engkau berhadap disana Wajah Allah
Pandanglah Wajah segala wajah
Wajah Maha Tunggal.
Penolakan
daripada makhluk adalah suatu pemberian daripada Allah.
Apabila
Allah menjauhkan engkau daripada makhlukNya, bermakna Allah sedang mendekatkan
engkau kepadaNya.
Allah
menahan pemberian manusia kepadamu, supaya engkau dapat berharap dan bergantung
hanya kepadaNya, maka itulah pemberian Allah yg hakiki kepadamu.
Allah-lah
yg menghantar tukang-tukang fitnah itu untuk mengujimu, apakah engkau ketika
itu berhadap atau berpaling daripada Allah.
Kepunyaan
siapakah kerajaan hari ini?
Dia
sendiri menjawab dengan KeagunganNya.
Kepunyaan
AKU(Allah) Yg Maha Esa lagi Maha Perkasa.
Hawa-nafsu
manusia adalah musuh Allah yg paling kuat menentang kerajaan Allah Ta'ala!
Sekalian
alam ini adalah cermin Wujud Mutlak(ALLAH).
Orang
yg telah mengenal Allah binasa(fana) segala sesuatu selain Allah.
Ahli
ilmu terhijab dengan ilmunya, ahli amal terhijab dengan amalnya dan ahli Allah
tiada terhijab dengan sesuatu, kerana ia tidak memandang segala sesuatu selain
Allah.
Hendaklah
engkau syukur dan jangan engkau kufur!
Kasih
dunia sumber segala kejahatan dosa!
Tamak
sumber kehinaan!
Mati
maknawi iaitu keluar diri dari dirimu dan kekal dengan Allah. Mati sebelum mati
iaitu mati diri didalam Keesaan Allah. Barangsiapa mengenal Allah binasa
dirinya.
Ilmu
langsung dari Allah ialah ilmu yg tersembunyi didalam batin hati(bilik rahsia
Allah).
Katakanlah
olehmu ALLAH! Kemudian tinggalkan dan biarkan apa sahaja selain Allah Azza
Wajjalla.
Jangan
sekali-kali engkau berputus asa daripada rahmat Allah, sesungguhnya Dia Maha
Pengampun lagi Maha Pengasih.
Dusta!
Tubuh menyembah Allah tetapi hati berbimbang dengan dunia, lidah memuji Allah
tetapi hati bergantung pada tangan makhluk, kepala sujud kepada Allah tetapi
akal syirik melihat selain Allah!
Ya
Allah! Layanilah kami dengan kasih-sayang dan latifMu, baikilah kami dengan
KekuasaanMu dan pilihlah kami dengan anugerahMu....
0 comments:
Post a Comment